Selamat Hari Lahir Adik

Bergaduh, 
Lepas itu,
Pasti salah seorang akan pergi mengadu.

Bertengkar,
Lepas itu,
Pasti ada yang datang minta maaf.

Marah, Tengking, Jerit,
Semua sudah lama,
Sudah basi,
Kami bagaikan sudah lali
Semua itu makanan kami hari-hari.

Ada kalanya,
Gedik sama-sama.
Kena manja sekali sekala.

Pasti ketawa bahagia,
Memori gembira,
Tercipta.

Pasti aku tidak akan lupa,
Mengapa?

Kalau itu, aku lupa,
Pastinya aku sudah nyanyuk tua.
Tidak pun,
Pasti aku hilang ingatan.

Semua itu sangat berharga,
Lebih berharga dari uwang berjuta,

Kerana,
Ikatan adik-beradik tidak akan terputus,
Mahupun kau benci dia hingga minta dia lupus,
Mahupun kau cuba bunuh dia hingga mampus.

Air dicincang tidak akan putus.
Kerana itu,
Kata aku.

Aku sayang adik aku.

Sampai hari kemudi aku.