Pelik




Kadang kadang orang tak faham apa yang kita lalui,
Mereka hanya tahu menghakimi,

Kadang kadang bukan kita mahukan hidupan sebegitu,
Tapi ianya dek kerana dugaan yang tak menetu,

Tanpa senyum, Tanpa ketawa, 
Seperti manusia yang robot rupa,

Perit rasa,
Sakit rasa,
Dan Susah 

Bukan kita minta untuk berubah
Keadaan, Kejadian,
Yang mengubah kita mengikut rentak arus kehidupan.