Cincin

Kau bagaikan pengganti buat dirinya,
Kau ada di setiap masanya,

Dikala air mata bergenang,
Dikala susah senang.

Di situ kau ada,
Tak pernah pun hilang,
Walau sekelip mata.

Tapi kini,
Kau tiada lagi,

Kosong.

Seperti ada sesuatu yg tidak lengkap,
Tapi hati ini tidak tertangkap.

Bahawa kau yang tidak lagi berada di tempat selalu,

Di jari manis aku.