Sama

Jangan disebabkan perasaan yang dirasai kamu dan dia berbeza,
Kamu layan dia semata endah atau tidak.

Jangan disebabkan apa yang telah terjadi pada kamu dahulu,
Kamu hukum dia tak menentu.

Apa tidak terfikirkah kamu yang dia juga sama seperti kamu?
Dari segi satu issue,
Hati. Perasaan.

Dia dan kamu,
Punyai hati, Punyai perasaan.
Tidak ada bezanya kamu dengan dia dari segi itu.

Jadi kenapa kamu bertindak seakan kamu seorang sahaja punya semua itu?
Apa dia tidak punya semua itu?

Bawa bawalah berfkir,
Sepertimana yang dinyatakan.
Kamu dan dia sama.

Setiap manusia ada hak untuk dihormati tanpa mengira umur, pangkat darjat.
Dan, setiap manusia perlu layanan yang sama rata.