No Caption II

Dah memang jenis aku,
Kuat nangis, kuat jugak ketawa.
Berdekah dekah pulak tu kalau ketawa,

Cepat aku terasa, cepat jugak aku lupa,
Situasi tu boleh jadi dalam masa yang sama,

Tapi jangan disebabkan aku macam tu,
Kau dengan senang lagi lenang ambil kesempatan,
Cari kalau kau nak, buang kalau kau tak mahu lagi,

Apa kau tak punyai perasaan?
Atau kau saja memang tak nak perasan?

Kau ulangi perbuatan tu berkali kali,
Kau tahu sakit aku bertambah kali?
Tidak ada erti sakitkah dalam kau punya diri?

Cukuplah, jangan sakiti lagi,
Kalau kau tak mahu diri ini,
Kau boleh belah pergi.

Just pergi.