Mudah Lupa

Sekali lagi aku lupa,
Aku punya ramai kawan selain dia.
Aku lupa itu.

Mengapa aku perlu sedih semata dia?
Sedangkan dia tanpa aku bisa bahgia.
Aku lupa itu.

Sering kali aku nangis kerna dia.
Sakit gering aku kerna dia.
Aku lupa itu.

Ini semua masalah hati.
Kata orang ikut hati mati.
Aku lupa itu.

Kejadian ini sering berulang,
Kerana aku mudah lupa dengan senang.
Tapi aku tak kan lagi biar itu berlaku sekarang.

Aku ingin tersenyum gembira,
Hanya gelak tawa,
Tanpa ada rasa sedih derita kerana dia.

Kau pergilah,
Bawa semuanya pergi,
Tapi tolong tinggallah aku punya hati.

Aku masih bisa berdiri,
Aku tahu aku bukan sendiri,
Kerana diri ini masih lagi ada yang menyayangi.

Terima kasih buat kau yang telah hancurkan segala,
Rampas aku punya gelak tawa,
Aku punya senyuman bahgia,
Aku punya memori istimewa,
Sudah kau remukkan semua.

Terima kasih,
And you may leave.

Aku juga perlu ada rasa happy dalam diri.
Kau boleh pergi.