segalanya

entah berapa puluh kali aku cuba buang kau 

buang kau jauh jauh dari hidup aku

bukan itu sahaja

entah berapa ratus kali aku cuba lupakan kau

cuba lupakan kisah kita yang sentiasa bermain di minda

bukan setakat itu

entah berapa ribu kali aku cuba untuk benci kau

benci kau dengan apa yang kau buat pada aku

malah aku cuba cara lain

aku cuba untuk jauhkan diri dari kau

tapi jauh aku lari cepat kau kejar

kenapa mesti kau kejar 

kenapa mesti kau

kenapa bukan orang lain

aku cuba untuk get along dengan orang lain

tapi semakin rapat aku dengan orang itu 

hati serta minda aku menjerit nama kau

kenapa mesti nama kau

kenapa bukan nama lain 

kenapa kau

kuatnya hati aku setia pada kau

sabarnya aku dengan perangai kau 

teguhnya sayang aku ni dekat kau

tapi kenapa mesti kau

kenapa kau

kau ta pernah tahu pun pasal aku 

sikit pun kau ta pernah kisah 

secubit pun kau ta pernah ambil tahu

sakit demam aku

letih penat aku

lelah nangis aku

rindu sayang aku

benda semua tu lansung ta penting buat kau

kau happy kau ketawa

aku sedih kecewa

kau ta tau kan

ta kau ta pernah akan tau

kau cakap aku makin kurus

kau cakap aku ta pandai jaga muka 

kau cakap aku ta pandai jaga kesihatan

tapi pernah ta kau tanya apa sebabnya

kurus aku ni kerna aku makan hati 

muka aku yang lesu ni sebab mata aku yang selalu sangat keluarkan air jernih bulat bulat putih

kesihatan aku yang ta terjaga tu sebab terlalu sangat rindu kan kau

pernah ta kau tanya reasons smua tu

kau ta pernah

aku diam aku selindung 

aku cemburu aku marah

aku geram aku bengang

aku ta tunjuk

malah aku pendam

sebab apa 

sebab aku sedar kita ta da apa apa

aku takot aku hilang kau terus 

tapi benda ni buat aku letih dan 

dan buat aku ingin lari jauh dari sini 

aku akan pergi

pergi dari sini

satu hari nanti

just satu doa aku 

aku minta kau ada dengan aku sampai satu hari itu tiba 

biarlah sakit penat lelah ni ada

hanya sampai masa itu sahaja

at least aku rasa sedikit bahagia

dari lansung tiada

kerana bagi aku kaulah segala



by :

qistina kamaruddin