Penantian


Sebuah penantian memang sakit dan perit.
 Bagi sesiapa yang telah mengalami pasti tahu bagaimana rasa kelat pahit nya menghadapi situasi begini.

Ya, aku lah salah seorang yang turut serta terjerumus dalam masalah ini. 
Bukan kehendak aku mahukan situasi ini
Kalau aku tahu pedihnya begini
Tidak mahu aku menanti apa yang belum pasti 

Alhamdulillah, bersyukur aku kepada Allah SWT
Semalam penantian aku selama ini telah berakhir,
Aku berterima kasih kepada Nya untuk itu

Walaupun sedih menerima yang penantian ini bukannya berakhir dengan senyuman,
Tapi tidak mengapa, aku masih lagi bersyukur 
Kerana aku sudah menerima jawapannya semalam.

Untuk itu, aku akan teruskan hidup ini
Tidak lagi aku mahu melibatkan diri di dlam alam ni lagi
Sudah cukup apa yang aku telah lalui
Sekarang biarlah Allah SWT di sisi

Assalammualaikum.