Pernah kamu rasa seperti
Ada sesuatu yang tersekak di tekak?
Nak telan terasa susah?
Pernah kamu rasa bagai
Ada sesuatu yang buat nafasmu sesak?
Nak bernafas payah?
Semua itu buat kamu rasa membuak-buak.
Mahu tahu
Tapi ia belum tentu
Buat kamu tersenyum kelak.