Qistina

Dia kuat menangis,
Dia juga kuat ketawa.
Dia cepat terasa,
Walaupun secara tidak sengaja.

Dia cepat ceria,
Tapi dia juga lantas dengan pantas kecewa,
Jangan risau akan dia,
Kerana dia ada pengubat lukanya.

Dia suka menyanyi,
Terjerit-jerit, Terpekik-pekik,
Tak mengapa jika dia seorang.

Tapi dia ada satu masalah,
Dia tak boleh ubah sikapnya yang cepat rasa bersalah,
Yang cepat fikir apa patut dia buat macam tu,
Yang selalu fikir adil ka dia buat begitu,
Sampai, dia selalu titiskan air mata.

Dia sangat cocok dengan air,
Bagaimana sukanya dia dengan sungai dan juga pantai,
Bah kan laut,
Begitu juga hujan.
Dia amat suka.

Dan tak terlepas juga air mata,
Sejenis air juga kan?

Dengan cepat dia habiskan air mata,
Cepat juga dia mengumtumkan senyuman.
Kerananya jenisnya,
Cepat lupa dengan orang yang dia sayang.

Kerap juga dia menyimpan segala,
Hanya Allah SWT saja yang dia berdoa.

Agar kuatkan dia sentiasa.

Begitulah dia.
Kisah dia lantas hidup dia hari-hari.

Dia tetap dia.
Sampai bila?

Hanya Allah SWT yang tahu.