Aku tulis,
Aku karang,
Tidak semua terang.
Ada sesuatu,
Yang aku perlu simpan.
Mungkin itu bukan impian.
Itu adalah benda paling berharga.
Untuk aku dan juga keluarga.
Cerita aku.
Hanya setakat aku mampu.
Bukan semua.
Jika aku cerita segala,
Bahagian mana aku nak berahsia?
Aku jua mahu punya rahsia.
Yang satu hari,
Aku boleh duduk dan cerita
Bersama anak cucu cicit aku.
Pasti mereka gelak ketawa melulu,
Mendengar cerita nakal baikku.
Sudah pastinya dari mulut aku.
Itu sebabnya,
Aku perlu simpan sedikit.
Untuk aku punya story midnight.
Bersama cucu cicit.