Pernah

Pernah tak disuatu masa kau rasa gelisah tanpa sebab?
Pernah?

Pernah tak disuatu ketika kau rasa seperti ada sesuatu yang hilang,
Tapi kau tak tahu apa?
Pernah?

Pernah tak kau rasa bagai air mata kau nak gugur tanpa sebab?
Walhal, tadi kau gelak bagai nak gila,
Pernah?

Pernah kau rasa dihari hari kau ada sesuatu yang tak kena?
Pernah?

Kalau kau pernah alami situasi begini,
Marilah sini,
Cuba kau kongsi resepi 
Apa yang kau buat dikala berlakunya situasi begini.

Kerna aku sudah buntu,
Apa yang patut aku lakukan apabila situasi ini berlaku.

Sama

Jangan disebabkan perasaan yang dirasai kamu dan dia berbeza,
Kamu layan dia semata endah atau tidak.

Jangan disebabkan apa yang telah terjadi pada kamu dahulu,
Kamu hukum dia tak menentu.

Apa tidak terfikirkah kamu yang dia juga sama seperti kamu?
Dari segi satu issue,
Hati. Perasaan.

Dia dan kamu,
Punyai hati, Punyai perasaan.
Tidak ada bezanya kamu dengan dia dari segi itu.

Jadi kenapa kamu bertindak seakan kamu seorang sahaja punya semua itu?
Apa dia tidak punya semua itu?

Bawa bawalah berfkir,
Sepertimana yang dinyatakan.
Kamu dan dia sama.

Setiap manusia ada hak untuk dihormati tanpa mengira umur, pangkat darjat.
Dan, setiap manusia perlu layanan yang sama rata. 

Keras

Keras macam mana pun hati seorang perempuan,
Hati tu tak kan mampu kekal keras selamanya.

Kena gaya, Kena cara.
Keras tu pasti hilang.

Tambah lagi dengan orang yang sudah dia sayang,
Kejap ja pasti hilang keras tu.

Tak dapatkah kamu seorang lelaki
bersabar hanya seketika?
Mengalah dengan kerasnya sebentar?
Tak mampukah kamu berbuat begitu?

Hmm,kerana itulah.
Itulah adalah salah satu punca,
Kerasnya hati sang wanita.

Alhamdulillah,Terima Kasih

Mulanya dengan masing masing menjeling,
Masing masing stalking,
Malu bila dikenang kembali.

Tapi Allah Swt itu kan Maha Kaya,
Dia aturkan segala,
Alhamdulillah, kita bermula semula.

Dengan sebuah pertanyaan dari pihak sebelah,
Dan dengan balasnya sekarang jawapan dari sebelah lagi pihak,
Bermulalah perkenalan kita, Alhamdulillah.

Seterusnya ditambah pula cerita story yang dikongsi,
Bertambahlah erat lagi hubungan kini,
Alhamdulillah, dua dua suka.

Erat serta rapat kini diminta jangan ditinggalkan diri masing masing,
Kerana masing masing seperti nyawa pengganti,
Berharap berkekalanlah selama lama hubungan ini, InshaAllah.

Terima kasih dikata kedua dua,
Kerana sering melengkap dan mencuri masa yang kian busy,
Untuk diri kita sendiri. Terima kasih.

Karangnya puisi kali ini,
Sebuah lagi puisi yang istimewanya pasti.
Untuk seseorang itu mesti.

Ia adalah untuk seseorang,
Yang sudah dianggap jiwa sendiri.
Yang mungkin tanpanya,
Hidup pasti sunyi mati,

Orang itu adalah kakak yang diiktiraf milik sendiri,
Yang ruang privasi hanya antara kami.


Terima kasih Nur Ieka :)


No Caption II

Dah memang jenis aku,
Kuat nangis, kuat jugak ketawa.
Berdekah dekah pulak tu kalau ketawa,

Cepat aku terasa, cepat jugak aku lupa,
Situasi tu boleh jadi dalam masa yang sama,

Tapi jangan disebabkan aku macam tu,
Kau dengan senang lagi lenang ambil kesempatan,
Cari kalau kau nak, buang kalau kau tak mahu lagi,

Apa kau tak punyai perasaan?
Atau kau saja memang tak nak perasan?

Kau ulangi perbuatan tu berkali kali,
Kau tahu sakit aku bertambah kali?
Tidak ada erti sakitkah dalam kau punya diri?

Cukuplah, jangan sakiti lagi,
Kalau kau tak mahu diri ini,
Kau boleh belah pergi.

Just pergi.