Mulanya dengan masing masing menjeling,
Masing masing stalking,
Malu bila dikenang kembali.
Tapi Allah Swt itu kan Maha Kaya,
Dia aturkan segala,
Alhamdulillah, kita bermula semula.
Dengan sebuah pertanyaan dari pihak sebelah,
Dan dengan balasnya sekarang jawapan dari sebelah lagi pihak,
Bermulalah perkenalan kita, Alhamdulillah.
Seterusnya ditambah pula cerita story yang dikongsi,
Bertambahlah erat lagi hubungan kini,
Alhamdulillah, dua dua suka.
Erat serta rapat kini diminta jangan ditinggalkan diri masing masing,
Kerana masing masing seperti nyawa pengganti,
Berharap berkekalanlah selama lama hubungan ini, InshaAllah.
Terima kasih dikata kedua dua,
Kerana sering melengkap dan mencuri masa yang kian busy,
Untuk diri kita sendiri. Terima kasih.
Karangnya puisi kali ini,
Sebuah lagi puisi yang istimewanya pasti.
Untuk seseorang itu mesti.
Ia adalah untuk seseorang,
Yang sudah dianggap jiwa sendiri.
Yang mungkin tanpanya,
Hidup pasti sunyi mati,
Orang itu adalah kakak yang diiktiraf milik sendiri,
Yang ruang privasi hanya antara kami.
Terima kasih Nur Ieka :)