Tertunggu

Aku cemburu cara mereka,

Terusik jiwa aku dengah kisah mereka.

Tersentuh perasaan aku dengan layanan antara mereka.

Nampak cukup bahagia di situ.
Sehingga membuat aku cemburu.

Bilakah hubungan kita akan jadi sebegitu?
Sampai bila perlu aku menunggu?

Cepat sembuh sayang

Oh ya, sihat lah kau dengan cepat.
semoga aku dapat peluk kau rapat-rapat.
Walau hanya dalam mimpi.
Kerana realiti,
Memng takkan dapat .

Twitter Juga Whatsapp

Kau hantar pesanan ringkas,
Aku buka dengan pantas,
Bila nama kau yang tertera diatas.

Kau kata kau tidak sihat.
Terus hati aku rasa bagai disiat-siat.

Risaunya aku tak dapat digambar.
Tapi apa yang pasti ia tidak dapat di kabar.

Sekali lagi,
Di sebuah alam fantasi,
Rekaan sebuah aplikasi.

Aku baca,
Sedih serta sedikit bahgia.

Apa yang aku boleh kata.
Kau berbahagialah.
Dengan orang yang tersayang yang kau ada.

Aku disini.
Hanya mampu memerhati

Perlu aku,
Carilah.
Aku tetap hidup setia menanti.


Tak Tertahan

Pernah kamu rasa seperti
Ada sesuatu yang tersekak di tekak?
Nak telan terasa susah?

Pernah kamu rasa bagai
Ada sesuatu yang buat nafasmu sesak?
Nak bernafas payah?

Semua itu buat kamu rasa membuak-buak.
Mahu tahu 
Tapi ia belum tentu
Buat kamu tersenyum kelak.




Cara Tersendiri

Tika sedih,
Ada orang menangis,
Ada orang melukis.

Tapi aku?

Aku lain,
Lain dari yang lain.

Aku menyanyi.
Suara yang tidak merdu adalah pasti.

Bagaimana?
Dengan cara tersendiri.
Dengar rentak yang berlari.

Ada kalanya nangis juga aku.
Kepada perkara yang aku tidak jangka berlaku.
Yang di luar jangkaan ku.

Jika tiada beratnya masalah itu.
Jalan pilihan aku,
Buang nangis.
Air mata habis.

Jadi bernyanyilah aku.
Mengikut melodi
Dengan musik mengiringi.