No Caption

Tangan berkeadan sejuk,
Terketar-ketar.

Mata mengalirkan titisan jernih,
Banyak, tanpa berhenti.

Mulut cakap penat, letih.
Tergagap-gagap.

Dada rasa tak boleh nafas,
Tercungap-cungap.

Semua ini akan diakhiri,
Dengan tidur tanpa sedar,
Sakit yang tak dapat dikhabar.

Dah dua malam macam ni,
Berterusan, tanpa berhenti.

Sakit, 
Pahit,
Itu ja yang hati boleh jerit.

Selainnya, bersabar.
Dan paksa diri untuk senyum lebar :) 


Kenapa?

Bila datang ja pasal dia,
Aku lemah, 
Kenapa?

Kenapa mesti dia?
Kenapa dia boleh buat airmata aku turun berderai-derai?
Kenapa dia?

Dengan orang lain boleh ja aku tengking,
Maki hamun segala bagai,
Buat macam aku la kepala gangster.

Tapi bila dia,
Aku lemah,
Aku jatuh rebah.
Kenapa?

Sakit, sakit sangat.
Tapi sakit ni aku tahu akan hilang,
Esok pasti hilang, aku yakin.
Tapi kenapa?

Aku pasti maafkan dia walau deritanya aku dia buat,
Aku pasti maafkan dia
Kenapa mesti begitu caranya?
Kenapa?

Dia tak pernah nampak semua tu,
Aku saja yang sakit tenat,
Bila difikir memang aku ni liat.
Tak pernah serik dengan dia.
Tapi kenapa?


Clannad - Dango

Dah tiga hari berlalu, dan hari ni hari yang ke-empat.
Jenis perempuan macam aku, memang suka tengok cerita animation.
Tambah-tambah dari japan.
Their story will so fantastic.

And, i end up today with a story called "Clannad"
I dont know why, but at the first time i saw this movie,
My heart said, it was related to me and you.
Automatic my head think of the "Dango" song that you send to me before,

I have watch it dear,
I don't know whether you have watch the movie or not,
But i love it.
Really do.

The movie was really my type.
And that makes me sad,
Because you knew me so well.
But now you are no more with me.

You have gone,
Further away from me.
But i will remain me.
As i always be.
Okay?

Why?
Because when ever you come back, no matter when,
I will always be me. So that you don't have to search for the new me.
Because of me, the real me, you have fallen in love with me before.
So i will just remain the precious memories even you are not coming back.

I will just be like the movie :)
Strong, cheerful, childish,
Like Nagasi, the cute girl.

Dear, i hope you are doing well now.
Just to let you know, 
Im moving on now.

Just like you wanted.
Im moving on. 

Pesanan

Apabila rindu ni tiba,
Saya akan dengar lagu kita,
Lagu yang dulu kita saling tukar.

Apabila rindu ni muncul,
Saya akan baca semua message lama kita,
Message yang pernah kita hantar untuk satu sama lain.

Apabila rindu ni datang,
Saya akan pegi ke sebuah laman sesawang baca segala yang telah ditulis.
Ayat yang ditulis oleh tuan itu.

Dan saya terbaca sesuatu,
Sesuatu yang buat saya tersenyum berserta turunnya titisan jernih.

Baguslah, awak dah ada guardian angel.
I hope she will protect and gives you love more than i am before.

Cinta dan sayang kita kepada seseorang itu mungkin tak akan bersatu,
Buktikan sayang itu dengan bahagiakan mereka dengan orang yang mereka sayang.
Itulah bukti cinta dan sayang kita untuk dia.
Itulah hebatnya kita kerana lepaskan sesuatu yang paling sukar dalam hidup.

Semoga awak bahagia.
"Awak sayang dia"
Itulah sentences yang ditulis oleh awak dan dibaca oleh saya dalam aplikasi itu.
Jagalah dia sepertimana dulu awak pernah jaga saya, even more.

Thank you.
This is sincerely from me : Qistina Kamaruddin :)

Never come back

Seteruk mana pun kau nangis, 
Sekuat mana pun kau panngil,

Dia tak akan kembali.

Biarpun nangis kau keluar air mata darah,
Biarpun nafas kau dah pun nak berhenti.

Dia tak akan kembali.

Terimalah, 
Sedarlah,

Dia tak akan kembali.

Matikan aje dia dalam hati kau.
Tamankan aje dia dalam fikiran kau.

Supaya kau dapat hidup manis.
Bukan lagi segala tangis.

Anggap saja.
Dia pergi yang tidak akan kembali.
Seolah sudah mati.

Kerna, Dia tak akan kembali.