Hati Ini

Hancur,
Bagai besi yang dipanaskan,
Jadinya lebur.

Patah,
Bagai kucing jumpa makanan yang dibuang,
Jadinya diratah.

Menangis,
Bagai kertas yang sentiasa di koyak,
Jadinya nipis.

Sakit,
Moga-moga segalanya hilang,
Pergi seperti layang-layang.
Bawa segala perit.

Cukup. Henti. Titik noktah.
Sudah.
Aku lelah.


Selamat Hari Lahir Adik

Bergaduh, 
Lepas itu,
Pasti salah seorang akan pergi mengadu.

Bertengkar,
Lepas itu,
Pasti ada yang datang minta maaf.

Marah, Tengking, Jerit,
Semua sudah lama,
Sudah basi,
Kami bagaikan sudah lali
Semua itu makanan kami hari-hari.

Ada kalanya,
Gedik sama-sama.
Kena manja sekali sekala.

Pasti ketawa bahagia,
Memori gembira,
Tercipta.

Pasti aku tidak akan lupa,
Mengapa?

Kalau itu, aku lupa,
Pastinya aku sudah nyanyuk tua.
Tidak pun,
Pasti aku hilang ingatan.

Semua itu sangat berharga,
Lebih berharga dari uwang berjuta,

Kerana,
Ikatan adik-beradik tidak akan terputus,
Mahupun kau benci dia hingga minta dia lupus,
Mahupun kau cuba bunuh dia hingga mampus.

Air dicincang tidak akan putus.
Kerana itu,
Kata aku.

Aku sayang adik aku.

Sampai hari kemudi aku.

Sendiri

Sedih tahu,
Bila aku tahu,
Kau sebenarnya tak kenali diri aku.

Titik noktah,
Rasa macam nak telan kau mentah-mentah.

Mari sini,
Nak aku gigit dengan gigi.

Tidak pun,
Hentak dengan kayu besi.

Biar kau sedari,
Yang kau tidak akan ulangi.
Kesilapan yang sama

Seperti malam ini.
Cukup sudah untuk aku tangisi

Air mata yang basi,
Seorang diri.

Mod Silence

Salah aku, Aku tahu,
Kalaulah aku tak beria nak kan benda tu,
Pasti semua ni tak berlaku.

Kita ketawa gembira tadi,
Aku sangka ia tak kan berhenti,

Tapi aku silap,
Sekarang segalanya gelap.

Aku cuba untuk berkomunikasi,
Tapi apa yang jadi,
Aku hanya diam membuta tuli.

Aku cuba untuk lupa,
Buat segalanya bersahaja,

Tapi, masih gambar itu,
Muncul. 

Maaf, aku hanya mampu senyap membisu.

Maaf, aku terkejut.

Cincin

Kau bagaikan pengganti buat dirinya,
Kau ada di setiap masanya,

Dikala air mata bergenang,
Dikala susah senang.

Di situ kau ada,
Tak pernah pun hilang,
Walau sekelip mata.

Tapi kini,
Kau tiada lagi,

Kosong.

Seperti ada sesuatu yg tidak lengkap,
Tapi hati ini tidak tertangkap.

Bahawa kau yang tidak lagi berada di tempat selalu,

Di jari manis aku.