No Caption II

Dah memang jenis aku,
Kuat nangis, kuat jugak ketawa.
Berdekah dekah pulak tu kalau ketawa,

Cepat aku terasa, cepat jugak aku lupa,
Situasi tu boleh jadi dalam masa yang sama,

Tapi jangan disebabkan aku macam tu,
Kau dengan senang lagi lenang ambil kesempatan,
Cari kalau kau nak, buang kalau kau tak mahu lagi,

Apa kau tak punyai perasaan?
Atau kau saja memang tak nak perasan?

Kau ulangi perbuatan tu berkali kali,
Kau tahu sakit aku bertambah kali?
Tidak ada erti sakitkah dalam kau punya diri?

Cukuplah, jangan sakiti lagi,
Kalau kau tak mahu diri ini,
Kau boleh belah pergi.

Just pergi.

Keliru

Ini life aku,
Sepatutnya aku yang merancang,
Bukan kau.

Ini jiwa aku,
Tak sepatutnya aku tunduk kalah dengan kau.
Siapa kau?

Ini perasaan aku,
Sepatutnya aku boleh kawal,
Bukan kau.

Kenapa asyik kau punca masalah aku?
Siapa kau sebenarnya?

Adakah ini life kau?
Atau life aku?

Aku keliru.



Mudah Lupa

Sekali lagi aku lupa,
Aku punya ramai kawan selain dia.
Aku lupa itu.

Mengapa aku perlu sedih semata dia?
Sedangkan dia tanpa aku bisa bahgia.
Aku lupa itu.

Sering kali aku nangis kerna dia.
Sakit gering aku kerna dia.
Aku lupa itu.

Ini semua masalah hati.
Kata orang ikut hati mati.
Aku lupa itu.

Kejadian ini sering berulang,
Kerana aku mudah lupa dengan senang.
Tapi aku tak kan lagi biar itu berlaku sekarang.

Aku ingin tersenyum gembira,
Hanya gelak tawa,
Tanpa ada rasa sedih derita kerana dia.

Kau pergilah,
Bawa semuanya pergi,
Tapi tolong tinggallah aku punya hati.

Aku masih bisa berdiri,
Aku tahu aku bukan sendiri,
Kerana diri ini masih lagi ada yang menyayangi.

Terima kasih buat kau yang telah hancurkan segala,
Rampas aku punya gelak tawa,
Aku punya senyuman bahgia,
Aku punya memori istimewa,
Sudah kau remukkan semua.

Terima kasih,
And you may leave.

Aku juga perlu ada rasa happy dalam diri.
Kau boleh pergi.

Reject Shop Boy

Sebaik saja sebuah lagu menyanyi kuat,
Ada satu suara turut ikut serta,

Siapa?

Tangan yang sedang gigih memilih,
Turut terhenti.
Mata yang mulanya tumpu pada baju,
Kini mencari.

Siapa?

Anak mata hitam galak mencari,
Sana sini,

Oh, yes! That's it!
He is the one.

Jejaka yang badannya sasa,
Sedang menyanyi serta menari dengan selesa.
Tanpa menghirau kerja ataupun masa.

Aku?
Pastilah terpersona kaku di situ.
Terus tangan beraksi pantas,

Snap!
Dapat pun :)

Terima kasih. 
Sebab bagi aku menumpang kasih,
walau hanya dengan senyuman
yang pastinya secara sulit berahsia
yang saksinya hanya aku dan cameraku
yang masanya kalau dikira tidak sampai lima minit.

Terima kasih.





Tunggu

Sesungguhnya mulut ini kata "okay,ready"
Tapi sebaliknya hati kata"kejap nanti"

Aku belum ready untuk terima sesiapa untuk menghuni,
Belum mampu buka pintu hati,
Sebetulnya, aku masih menanti.
Pada sang jejaka yang ini ku miliki,

Tapi hakikatnya belum pasti. 
Buat sekarang, ini pilihan aku.
Hanya itu yang aku mampu.

Aku tunggu :')