Pesanan

Apabila rindu ni tiba,
Saya akan dengar lagu kita,
Lagu yang dulu kita saling tukar.

Apabila rindu ni muncul,
Saya akan baca semua message lama kita,
Message yang pernah kita hantar untuk satu sama lain.

Apabila rindu ni datang,
Saya akan pegi ke sebuah laman sesawang baca segala yang telah ditulis.
Ayat yang ditulis oleh tuan itu.

Dan saya terbaca sesuatu,
Sesuatu yang buat saya tersenyum berserta turunnya titisan jernih.

Baguslah, awak dah ada guardian angel.
I hope she will protect and gives you love more than i am before.

Cinta dan sayang kita kepada seseorang itu mungkin tak akan bersatu,
Buktikan sayang itu dengan bahagiakan mereka dengan orang yang mereka sayang.
Itulah bukti cinta dan sayang kita untuk dia.
Itulah hebatnya kita kerana lepaskan sesuatu yang paling sukar dalam hidup.

Semoga awak bahagia.
"Awak sayang dia"
Itulah sentences yang ditulis oleh awak dan dibaca oleh saya dalam aplikasi itu.
Jagalah dia sepertimana dulu awak pernah jaga saya, even more.

Thank you.
This is sincerely from me : Qistina Kamaruddin :)

Never come back

Seteruk mana pun kau nangis, 
Sekuat mana pun kau panngil,

Dia tak akan kembali.

Biarpun nangis kau keluar air mata darah,
Biarpun nafas kau dah pun nak berhenti.

Dia tak akan kembali.

Terimalah, 
Sedarlah,

Dia tak akan kembali.

Matikan aje dia dalam hati kau.
Tamankan aje dia dalam fikiran kau.

Supaya kau dapat hidup manis.
Bukan lagi segala tangis.

Anggap saja.
Dia pergi yang tidak akan kembali.
Seolah sudah mati.

Kerna, Dia tak akan kembali.

Interaksi

Cukup cukuplah, kata diri.
Henti hentilah, kata hati.
Turun turunlah, kata mata.

Sampai bila, katanya?

Sampai kamu mati?
Ditanya nya lagi.

Bawa bawalah, berehat.
Sedar sedarlah, cepat.

Yang dia sudah mula hidup baru.
Sampai bila lagi mahu tunggu?

Itulah interaksi,
Interaksi diri.
Yang menjadi rutinnya,
Setiap hari.

Hilang

Bengkak lagi matanya,
Seperti ada bantal yang empuk dibawah mata,

Sembam kelihatan tertera diwajahnya.
Seperti ada kesayuan diseluruh wajahnya.

Mata yang sepatutnya bundar,
Hanya kelihatan sayu kini,
Seperti layu.

Wajah yang selalunya terukir senyuman mesra,
Hanya kelihatan pucat lesi.
Seperti ada sesuatu ditangisi.

Kembalilah,
Pulanglah kepasa yang asal.
Ia sesuatu yang bukan itu dikesal.
Malah, biar ia pergi,
Mungkin sati hari dia akan datang kembali.
Masa itu, suruh lah dia pergi dan jangan pernah kembali.

Kerana sekarang benda itu menjadi saksi,
yang kau terseksa lagi sekali,
disebabkan diri itu lagi.

Jangan

mulai sekarang,
jangan lagi letak harapan pada orang,
hanya percaya pada diri sendiri.
supaya tiada penyiksaan berlaku nanti. 

orang hanya tahu berjanji,
sebaliknya mereka belum tentu dapat tunaikan janji,
secara sengaja atau tidak,
kita tak tahu apa akan jadi kelak.

semudahnya,
kita jangan lagi letak kepercayaan,
jangan lagi letak harapan.

biarlah apa orang kata mengenai kita,
asal kita hidup bahagia,
bukan nangis derita,
itu cukup.