Tarikh

Sebentar tadi,
Dalam kelas tempat lokasi.
Benda ringkas,
Buat lamunan aku terhenti.

Hanya satu soalan,
Membuat aku senyap dari perbualan.
Iaitu.

"what is the date for today?"

Nah kau!
Dengan slumber pulak si kawan balas,
Dengan terkedu aku diam tak bernafas.

Dia pulak yang sibuk menanya,
Aku pulak yang tersenyum sambil berkata.

"Oh,nothing. Just the date is so pretty"

Ambik kau!
Aku tipu.
Maafkan aku ye kawan.

Biarlah,
Hanya aku, dia dan tuhan saja yang tahu.
Apa yang berlaku,
Pada tarikh itu.

13.11.13

Tolong ingat

Tolong engat,

Yang kau, si jejaka
Pernah kata kepada sang gadis,
Yang kau mahu dia move on dari kau.

Tolong engat,

Yang kau, sang lelaki,
Pernah kata kepada si gadis,
Yang kau mahu dia lupa akan dikau.

Tolong juga engat.

Kau yang merubah dia.
Menjadi seperti sekarang.
Kau lah punca.
Hidup si gadis itu berubah.

Let's see

Entah kenapa,
Sekarang aku bagai tiada kata,
Tiada suara.
Tidak lagi seperti dulu kala.

Aku sendiri juga tertanya.
Sudah lama aku tidak lagi menulis.
Seolah segalanya kosong.

Aku seakan berubah,
Menjadi sesuatu yang baru.
Mungkin kah ini sementara?
Atau selamanya?

Aku sendiri,
Tidak pasti,
Just, Let's see. 

Niat

Sudah cukup sedih minggu ni,
Mari kita pergi.

Pergi ke sebuah tempat,
Yang bisa buat kita happy.

Buang segala tangis sadis,
Yang itu menjadi tujuan kita ke sini,
Jadi,
Mari bergembira mari.

Sedih

Bagai nak jerit, biar satu dunia tahu.
Tahu apa yang ada dalam hati yang satu.

Bagai nak terkeluar anak mata, biar pecah takungan,
Takungan yang tak mampu lagi nak dilindung,
Membuat diri jadi murung.

Cukuplah jerit si hati.
Jangan siksa lagi.

Sudah penat aku tangisi,
Perut lapar juga perlu diisi.
Sampai kapan nak biar diri begini?

Bangunlah,
Berdirilah,
Kalau ya pun memang tak mampu,
Buatlah apa yang termampu, 
Setidaknya, merangkaklah.

Hidup ini anugerah tuhan.
Dengan itu, kita perlu teruskan.

Jangan risau, Allah sentiasa ada.
Dengan kita, setiap masa di mana saja.